==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Friday, December 25, 2009

Al-fatihah untuk adik Hazmirul (Aeman)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sama-samalah sedekahkan Al-fatihah untuk adik Muhammad Hazmirul bin Hasrul (kanan belah bawah dalam gambar), anggota kumpulan nasyid Aeman yang telah pulang ke rahmatullah pada malam 23 Disember 2009 akibat sesak nafas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan bertaqwa. InsyaAllah. Ameen.

Salam Takziah daripada saya untuk keluarga Adik Hazmirul, semoga tabah menghadapinya.

Tabarakallah
Anis Hayati

Thursday, December 24, 2009

Jadikan Sunnah Nabi S.A.W Amalan Harian

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya mungkin ramai yang sudah tahu, namun saya tetap nak berkongsi serba sedikit tentang amalan harian Rasulullah S.A.W. Mungkin kepada yang tidak tahu, ini merupakan satu perkara baru. InsyaALLAH moga-moga kita dapat menjadikan sunnah Nabi S.A.W sebagai amalan harian kita, mudah-mudahan kita dapat menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi S.A.W setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi S.A.W itu adalah:

1) TAHAJJUD
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Wednesday, December 23, 2009

Tahniah Atas Pertunangan Kak Aida Gadis Melayu

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lama tak post di blog ni dek kerana sibuk dengan banyak perkara dan urusan. Tengok gambar  dan tajuk di atas pun tentu ramai dah tahu post kali ni pasal apa. Di kesempatan ni, saya nak ucapkan tahniah buat Kak Nurul (Aida Gadis Melayu) atas pertunangan akak dengan Saiful Nizam (pembaca berita TV3) pada Sabtu (19 Dec 2009) lepas. Semoga hubungan pertunangan akak akan kekal dengan ikatan pernikahan yang sah. InsyaAllah... Ameen. Moga-moga akak bahagia dan selamat menempuhi dugaan alam pertunangan, banyak dugaannya lebih-lebih lagi akak & tunang dikenali orang. Moga akak sentiasa tabah dan sabar. InsyaAllah.. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akak dan keluarga terutamanya sahabatku Awin yang sangat dirindui.

Thursday, November 12, 2009

Subhanallah.. Indahnya CiptaanNya

Bismillahirrahmanirrahim.
 Gambar di atas kredit kepada pemiliknya.

Apa khabar iman kita pada hari ini? Moga lebih baik daripada semalam. Jika anda seorang penggemar atau mempunyai hobi suka melihat bulan, bintang, atau apa sahaja keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi, pasti anda berpeluang melihat keindahan bulan baru-baru ini. Subhanallah... sungguh indah ciptaanNya. Ramai juga rakan-rakan di universiti yang berpeluang melihatnya. Melihatkan gambar di atas membuatkan saya tiba-tiba teringat pula dengan keindahan Bulan Senyum pada tahun lepas yang sempat juga saya saksikan, juga ketika sibuk dengan exam (SPM). Sungguh indah ciptaanNya. Melihat fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi, sungguh menakjubkan tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan apabila saya melihat kembali gambar. nah! terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.

Thursday, August 13, 2009

Perginya Seorang Lagi Umat Islam.. Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim.

Apabila mendapat berita mengenai pemergian Ustaz Asri akibat diserang penyakit jantung, agak terkejut. Namun, itulah hakikatnya. Ku percaya jua setelah menghubungi beberapa rakan lain yang sangat mengenali Ustaz Asri. Mereka berada di Hospital Bangsar. Begitu cepat pemergiannya, rasanya baru sahaja beberapa minggu yang lepas arwah menasihatiku mengenai beberapa hal & memberi tazkirah sebagai peringatan bersama. Arwah seorang yang sangat baik & seringkali memberi nasihat yang sangat berguna tak kira kepada siapa pun. Kita telah kehilangan seorang lagi umat Islam yang banyak berjasa dalam mempertahankan Islam. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Saturday, July 25, 2009

Cintaku Tertinggal di Kota MAKKAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan dari kisah perjalanan umrah di Madinah....

Setelah meninggalkan Madinah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Makkah al-Mukarramah dengan perasaan yang sayu dan sedih kerana terpaksa meninggalkan Nabi SAW. Perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira dalam 6 jam. Setelah 12km perjalanan, kami berhenti miqat Bir Ali untuk berniat Ihram dan niat menunaikan ibadah umrah (miqat biasa bagi rombongan umrah dari Madinah). Setelah selesai solat sunat di Masjid Bir Ali, kami bersama-sama berniat ihram di atas bas sebagaimana sunnah Rasulullah SAW yang berniat ihram di atas unta baginda. Maka bermulalah perjalanan umrah kami, terasa satu tanggungjawab yang berat untuk kami pikul bagi menjaga pantang larang ihram ini. Kami berjemaah melafazkan talbiah yang diketuai oleh mutawif kami. Laungan talbiah di teruskan untuk beberapa ketika sehingga akhirnya mutawif kami meminta kami meneruskannya secara bersendiri dan mencadangkan agar kami berehat atau tidur kerana perjalanan selepas ini untuk melaksanakan umrah memerlukan tenaga untuk menjayakannya.

Tuesday, June 23, 2009

MADINAH Bandaraya Bercahaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Atas permintaan beberapa sahabat, akan saya ceritakan kisah sepanjang perjalanan umrah. Minta maaf sebab lambat sangat menceritakan pengalaman di sana, dek kerana kesibukan menguruskan hal-hal untuk kemasukan ke UiTM dan hal perkahwinan makcikku. Rasanya dah hampir 2 minggu lebih sejak pulang dari tanah suci Makkah & Madinah, ternyata rasa rindu kedua-dua tempat itu masih jelas pada diriku.. alangkah bahagianya jika dapat tinggal di sana. Jam pun masih tak tukar ke waktu Malaysia, masih waktu di sana.. setiap kali melihat jam, pasti akan terbayang apa yang akan dilakukan saat itu di sana. Ya Allah... rindunya...

Saya mulakan kisah perjalanan di Madinah, negeri kekasih Allah.. Nabi Muhammad SAW. Madinah bermaksud bandar yang diterangi / bandar yang bercahaya. Dahulu Madinah dikenali sebagai Yathrib, tempat yang tidak terkenal, berpenyakit, tidak diberkati & kemudian ditukar ke Madinah selepas peristiwa Hijrah. Nabi Muhammad SAW menjadikan Madinah sebagai tanah haram & berdoa untuk keberkatan ahlinya. "Sesungguhnya Ibrahim AS telah mengharamkan Makkah & berdoa untuknya, & aku berdoa untuk keberkatannya seperti Ibrahim berdoa untuk Makkah" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Thursday, April 23, 2009

Penghinaan KAFIR Terhadap KAABAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Info ini telah saya peroleh daripada hasil carian google di internet. Di tengah-tengah kota raya MANHATTAN di NEW YORK telah dibina satu bar yang berbentuk KAABAH dan dberi nama APPLE MECCA CAFE!! (astaghfirullahalazim!!)

Bar ini juga menyediakn 9 jenis wain yang termahal di dunia. Pembinaan bar tersebut adalah untuk menghina agama Islam dan juga Kiblat umat Islam.

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul: Kasih Sayang Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat Badrul Ain - In Team

Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat yang beragama Islam. Sempena hari yang sangat baik ini sama-samalah kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta. 12 Rabiulawal 1430H adalah tarikh hari ini dalam bulan Islam dan tahun Hijrah. Seeloknya kita berpuasa pada hari ini, selain kerana Maulidur Rasul, hari Isnin juga merupakan hari sunat untuk berpuasa. InsyaALLAH, mudah-mudahan dipermudahkan ALLAH. Semoga hari ini menjadi hari yang sangat istimewa untuk kita semua, banyakkan beribadat dan selawat kepada Nabi Muhammad.

Bersempena maulidur rasul ini, ingin saya kongsikan satu artikel yang sangat menyentuh hati kita mengenai Kasih Sayang Rasulullah kepada semua umatnya. Harap anda membacanya sehingga habis dan dapat memberi kesedaran kepada kita semua. InsyaALLAH.

Tuesday, January 27, 2009

Kenduri Kesyukuran Kak Aida Gadis Melayu

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, selesai jua kenduri kesyukuran sempena kemenangan Kak Nurul (Aida Gadis Melayu) dalam program Gadis Melayu TV9 pada Ahad lepas (27 Januari 2009). Kenduri kesyukuran tersebut di meriahkan dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan terdekat mereka sekeluarga. Turut dihadiri beberapa wartawan dari TV9, kalau tak silap sebab ada rakaman untuk episod khas juara gadis melayu.

Thursday, January 8, 2009

Takziah kepada Nubhan sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Takziah kepada Nubhan sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta HAJI AHAMAD BIN HAJI ABD RAHMAN yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Januari 2009 jam 9.30 malam. Semoga Nubhan sekeluarga terus tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa ayah tercinta.

Saat mendapat khabar mengenai pemergian arwah pakcik Ahamad, agak terkejut juga namun itulah suratan taqdir dariNYA. Setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Malam pemergian arwah pakcik Ahamad, Nubhan bersama Vern, Bad, dan Tokwan sedang lepak di luar, kemudian Nubhan dan Bad mendapat panggilan memberitahu ayah mereka pengsan dan sedang dalam perjalanan untuk membawanya ke hospital. Sejurus mendapat panggilan tersebut, mereka terus bergegas pulang ke kampung di Negeri Sembilan.