Wednesday, December 23, 2009

Tahniah Atas Pertunangan Kak Aida Gadis Melayu. Moga Bahagia Selalu

Mutiara Kata Hari Ini:
Seringkali kita mengutamakan kehendak manusia daripada kehendak ALLAH, seringkali juga kita mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah, acapkali juga kita nyatakan syurga idaman kita tetapi amalan kita jauh dari amalan penghuninya, ketahuilah syurga Allah itu terlalu mahal harganya dan memerlukan pengorbanan yang tak berkesudahan namun kemanisan diakhirnya mampu mengubati keperitan... Ya Allah, bimbinglah kami menuju cinta dan redha Mu.. ameen..


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Dah lama tak post di blog ni dek kerana sibuk dengan banyak perkara dan urusan. Tengok gambar  dan tajuk di atas pun tentu ramai dah tahu post kali ni pasal apa. Di kesempatan ni, Anis nak ucapkan tahniah buat Kak Nurul (Aida Gadis Melayu 1) atas pertunangan akak dengan Saiful Nizam (pembaca berita TV3) pada Sabtu (19 Dec 2009) lepas. Semoga hubungan pertunangan akak akan kekal dengan ikatan pernikahan yang sah. InsyaAllah... Ameen. Moga-moga akak bahagia dan selamat menempuhi dugaan alam pertunangan, banyak dugaannya lebih-lebih lagi akak & tunang dikenali orang. Moga akak sentiasa tabah dan sabar. InsyaAllah.. Anis doakan yang terbaik untuk akak dan keluarga terutamanya sahabatku Awin yang sangat dirindui.


Yang kiri sekali tu macam kenal je, Awin lah!! hehehe =)

Tak banyak yang nak ditulis, hanya ucapan tahniah atas pertunangan kak Nurul je. Hehehe. Selebihnya gambar je. Gambar-gambar ini kredit kepada pemiliknya, kak Nurul, Kak Awin Seindahwajah, Arma, Awin, Moyang Ajym (hehehe, jangan marah ye).

 
Cincin Tunang

 
Ekin & Vie Shanti pun ada

 
Siap ada pelamin lagi, baru tunang ni... hehehe

 
Bak kata moyang Ajym (hehehe), diorang siap main cak-cak

 
Keluarga Kak Nurul.. Awin, rindu kamu
Gambar ni ambil dari blog 'Moyang Ajym'


 
Sentuhan daripada Kak Awin SeindahWajah
Cantiknya Kak Nurul...


 
Sentuhan daripada Arma Weeding Couture

Dah alang-alang tulis ni, promote la sikit, sekadar membantu je. Hehehehe.. Kalau tak silap baju dan pelamin kak Nurul adalah daripada Arma Weeding Couture manakala mekap daripada Kak Awin SeindahWajah. Kalau-kalau ada yang berkenan nak dapatkan khidmat mereka bolehlah hubungi:

Awin SeindahWajah
Tel: 0137702739

Arma Wedding Couture Boutique
No 21, Jalan Cempaka 8, Taman Cempaka, Ampang, 68000, Selangor
Tel: 012-7262576 / 012-3409685 / 03-92832596


Arma (baju & pelamin), Kak Nurul, Kak Awin Seindahwajah (mekap)

Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada Awin yang dah bergelar Mak Cik Wiwin (suka nama ni ye, hehehe) kepada anak saudaranya, Ahna Zulfa (kalau tak silap nama ni). Akhirnya tercapai juga hasratmu untuk menjadi mak cik. Moga-moga baby yang baru lahir tu sihat-sihat selalu. InsyaAllah.


p/s:  Kepada 'Moyang Ajym' minta maaf ye panggil moyang... maklumlah kan baru dapat cicit... hehehe.

1 comments:

Anonymous said...

sukeenye tgk kak aida

Post a Comment