==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Coretan Ringkas

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah mula mengenali dunia blogging sejak tahun 2006 dan ketika itu, umur saya 15 tahun. Dari dulu hingga kini, blog ini masih kekal dengan URL anishayati.blogspot.com dan insyaALLAH tidak akan ditukar ke URL lain melainkan dengan kehendakNYA. Kebanyakan post-post lama telah saya buang dan hanya sebilangan kecil sahaja yang masih ada.

Saya hanyalah seorang manusia biasa yang penuh khilaf dan sentiasa melakukan dosa namun sentiasa bertekad untuk meraih redhaNYA dalam setiap apa yang dilakukan di dunia ini dan mudah-mudahan ia akan membantu di akhirat kelak. 

Pengalaman hidup selama berpuluh tahun banyak mengajar, mendidik, mentarbiyah, dan menyedarkan saya akan erti sebenar sebuah kehidupan namun saya masih banyak yang perlu dipelajari kerana saya masih bertatih dalam usaha menjadi hambaNYA yang patuh kepadaNYA. Semuanya bermatlamatkan yang satu iaitu mengejar mardhatillah. Kita dihidupkan di dunia ini untuk terus beribadah kepadaNYA seperti yang telah difirmankan ALLAH dalam surah Az-Dzariyat ayat 56. Justeru itu, jangan sekali-kali kita melupakanNYA dalam setiap nafas kehidupan kita, raihlah redhaNYA. ALLAH masih memberi nafas kepada kita kerana masih banyak dosa yang dilakukan, DIA masih beri kita peluang untuk hidup supaya kita dapat bertaubat padaNYA.

Saya bukanlah seorang yang sempurna. Kerana itu, saya benar-benar memerlukan nasihat dan teguran daripada semua dalam setiap perkara yang dilakukan terutama apa yang ditulis di blog ini supaya ia tidak tersasar daripada landasan yang sepatutnya. Doakan saya sentiasa istiqamah pada jalanNYA kerana saya sangat memerlukan doa daripada sahabat-sahabat sekalian. InsyaALLAH semoga ALLAH akan terus melimpahkan hidayahNYA pada kita semua sekalian makhluknya dan terus memimpin kita ke jalanNYA.

Tabarakallah
Anis Hayati

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Anis... :)

Post a Comment