==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Thursday, November 12, 2009

Subhanallah.. Indahnya CiptaanNya

Bismillahirrahmanirrahim.
 Gambar di atas kredit kepada pemiliknya.

Apa khabar iman kita pada hari ini? Moga lebih baik daripada semalam. Jika anda seorang penggemar atau mempunyai hobi suka melihat bulan, bintang, atau apa sahaja keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi, pasti anda berpeluang melihat keindahan bulan baru-baru ini. Subhanallah... sungguh indah ciptaanNya. Ramai juga rakan-rakan di universiti yang berpeluang melihatnya. Melihatkan gambar di atas membuatkan saya tiba-tiba teringat pula dengan keindahan Bulan Senyum pada tahun lepas yang sempat juga saya saksikan, juga ketika sibuk dengan exam (SPM). Sungguh indah ciptaanNya. Melihat fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi, sungguh menakjubkan tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan apabila saya melihat kembali gambar. nah! terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.
                         
Maha Suci Allah saja yang mengetahui segala apa yang tersirat mahupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yang kerdil lagi hina nak mentafsir semua yang DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yang DIA jadikan.


Sama-sama lah kita merenung apa yg terjadi ini. Kalau Allah kata "kun fayakun", maka jadilah. Semoga kita semua mengambil iktibar dari apa yang terjadi malam ini. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka. Amiiin……

Selamat Beramal. Wallahu'alam

Tabarakallah
Anis Hayati

0 comments:

Post a Comment