==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Thursday, August 13, 2009

Perginya Seorang Lagi Umat Islam.. Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim.

Apabila mendapat berita mengenai pemergian Ustaz Asri akibat diserang penyakit jantung, agak terkejut. Namun, itulah hakikatnya. Ku percaya jua setelah menghubungi beberapa rakan lain yang sangat mengenali Ustaz Asri. Mereka berada di Hospital Bangsar. Begitu cepat pemergiannya, rasanya baru sahaja beberapa minggu yang lepas arwah menasihatiku mengenai beberapa hal & memberi tazkirah sebagai peringatan bersama. Arwah seorang yang sangat baik & seringkali memberi nasihat yang sangat berguna tak kira kepada siapa pun. Kita telah kehilangan seorang lagi umat Islam yang banyak berjasa dalam mempertahankan Islam. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sekeluarga. Daripada Allah S.W.T kita datang & kepadaNya jualah kita pergi. Kau Pergi Dahulu, Kami Akan Mengiringmu Kelak. Kematian akan datang bila-bila masa tanpa mengenal usia & masa. Sentiasalah mengingati kematian kerana kematian itu adalah suatu yg PASTI & terlalu HAMPIR dengan kita. Semoga Allah Memberi Tempat Yang Terbaik Untukmu. Cukuplah kematian Menjadi Peringatan Bagi Orang orang yang beriman. Kematian tidak mengenal masa. Takziah Dan Simpati untuk Keluarga Ustaz. Bersabar yang paling dekat dengan taqwa. Usah ditangisi sebaliknya didoakan. Allahu Rabbi.

Sama-sama kita sedekahkan ummul kitab, al-fatihah untuknya...
Al-Fatihah....

Tabarakallah
Anis Hayati

3 comments:

ayie said...

terkejot gak die dah meninggal..dgr kat radio ikim..
mmg ahli syurga laa die nie

Radin87 said...

terkejut dengar tentang pemergian ustaz asri. masih segar salam ingatan waktu ustaz datang ke universiti malaysia pahang untuk satu program.

Semoga beliau dirahmati Allah

Anonymous said...

min,,aya

sedih la seorang yg dah bnyak berjasa dlm industri nasyid,,yg membawa imej islam n nspread dah dkat all over de world...tapi,,stiap manusia pasti akan merasai mati...smoga Allah mncucuri rahmat keatas roh bliau..ameen

Post a Comment