Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama tak post di blog ni dek kerana sibuk dengan banyak perkara dan urusan. Tengok gambar dan tajuk di atas pun tentu ramai dah tahu post kali ni pasal apa. Di kesempatan ni, saya nak ucapkan tahniah buat Kak Nurul (Aida Gadis Melayu) atas pertunangan akak dengan Saiful Nizam (pembaca berita TV3) pada Sabtu (19 Dec 2009) lepas. Semoga hubungan pertunangan akak akan kekal dengan ikatan pernikahan yang sah. InsyaAllah... Ameen. Moga-moga akak bahagia dan selamat menempuhi dugaan alam pertunangan, banyak dugaannya lebih-lebih lagi akak & tunang dikenali orang. Moga akak sentiasa tabah dan sabar. InsyaAllah.. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akak dan keluarga terutamanya sahabatku Awin yang sangat dirindui.
Cincin Tunang
Majlis pertunangan ni dibuat di rumahnya di Rawang. Agak ramai jugalah tetamu yang hadir termasuk beberapa artis, nampaknya majlis pertunangan ni agak besar-besaran jugalah, siap ada ala-ala pelamin. Memang besar-besaran.
Keluarga Kak Nurul.. Awin, rindu kamu
Sentuhan daripada Arma Weeding Couture
Dah alang-alang tulis ni, nak bagitahu tentang orang-orang yang terlibat dalam solekan, baju dan pelamin kak Nurul sebab ada yang bertanya. Kalau tak silap baju dan pelamin kak Nurul adalah daripada Arma Weeding Couture manakala mekap daripada Kak Awin SeindahWajah. Kalau-kalau ada yang berkenan nak dapatkan khidmat mereka bolehlah hubungi:
Awin SeindahWajah
Tel: 0137702739
Arma Wedding Couture Boutique
No 21, Jalan Cempaka 8, Taman Cempaka, Ampang, 68000, Selangor
Tel: 012-7262576 / 012-3409685 / 03-92832596
Arma (baju & pelamin), Kak Nurul, Kak Awin Seindahwajah (mekap)
Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada Awin yang akhirnya sudah bergelar Mak Cik Wiwin kerana telah mendapat anak saudara, Ahna Zulfa (anak abang Khairul dan Kak Musitah). Akhirnya tercapai juga hasratmu untuk menjadi mak cik. Moga-moga baby yang baru lahir tu sihat-sihat selalu. InsyaALLAH.
Tabarakallah
Anis Hayati
Tabarakallah
Anis Hayati
1 comments:
sukeenye tgk kak aida
Post a Comment