Bismillahirrahmanirrahim.
Takziah kepada Nubhan sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta HAJI AHAMAD BIN HAJI ABD RAHMAN yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Januari 2009 jam 9.30 malam. Semoga Nubhan sekeluarga terus tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa ayah tercinta.
Saat mendapat khabar mengenai pemergian arwah pakcik Ahamad, agak terkejut juga namun itulah suratan taqdir dariNYA. Setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Malam pemergian arwah pakcik Ahamad, Nubhan bersama Vern, Bad, dan Tokwan sedang lepak di luar, kemudian Nubhan dan Bad mendapat panggilan memberitahu ayah mereka pengsan dan sedang dalam perjalanan untuk membawanya ke hospital. Sejurus mendapat panggilan tersebut, mereka terus bergegas pulang ke kampung di Negeri Sembilan.
Allah.... Sesungguhnya Allah Maha mengatur agenda, ketika ayahnya sedang dibawa menuju ke hospital, ayahnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, tak sempat tiba di hospital. Dua orang anak lelakinya, Nubhan dan Bad tak sempat pun bertemu dengan ayahnya sebelum ayahnya pergi. Itulah suratan taqdir dari Yang Maha Esa. Semoga Nubhan sekeluarga terus tabah menghadapinya. Sebagai anak, masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk kedua orang tua kita iaitu sentiasa mendoakan mereka dan berbakti kepada mereka. Jadilah anak yang soleh dan jangan terlalu leka dengan dunia glamour yang sedang dilalui sekarang, kerana itulah yang sangat diingini oleh arwah pakcik Ahamad.
Sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah pakcik AHAMAD. Semoga arwah tenang di sana. Kita yang masih hidup ni, ambillah iktibar dan pengajaran daripada setiap yang berlaku kerana kematian sentiasa mengejar kita setiap masa.
Tabarakallah
Anis Hayati
0 comments:
Post a Comment