Alhamdulillah ALLAH izinkan saya untuk turut bersama dalam kenduri tersebut atas jemputan Kak Nurul dan Awin sekeluarga. Dapat juga melepaskan rindu pada Awin yang dah beberapa bulan tak bersua. Kebetulan ketika di rumahnya, terserempak juga dengan jiran saya, Faizrin yang juga merupakan rakan sekelas Awin. Kawan-kawan yang lain nampaknya tak dapat hadir kerana kesibukan masing-masing.
Mulanya ingatkan taklah ramai sangat orang yang datang kenduri tersebut, maklumlah hanya saudara mara dan rakan terdekat yang dijemput, tapi sangkaan awal meleset. Memang ramai orang yang datang, semuanya bawa kamera nak bergambar dengan 'orang glamour'. Tapi semua tu saudara mara dan kawan-kawan kak Nurul juga. Jadi, agak sesak jugalah rumah kak Nurul hari tu.
Alhamdulillah makanan yang dihidangkan sedap-sedap, tapi yang pasti bukan 'chef' (abang Awin) yang masaklah. Disebabkan sangat ramai tetamu yang datang, memang tak menang tangan mereka sekeluarga melayan tetamu dan menghidangkan makanan, siap makanan pun habis dan terpaksa masak lain. Ni baru dengan keluarga, saudara mara dan kawan terdekat, belum dengan peminat lagi kak. Jadi, bersiap sedialah dengan dunia glamour lepas ni. Moga kak Nurul akan tetap kak Nurul macam yang sebelum ni, sentiasa bersopan santun. InsyaALLAH. Alhamdulillah, kenduri berjalan dengan baik dan tak banyak masalah yang timbul.
Tabarakallah
Anis Hayati
2 comments:
wahh meriah sgt ! hahaha !
tathu kan kalau kak aida buat utk fan die pulak mesti super duper meriah kott ! :P
hahaha ! over d limit pulak yeh ! :D
Post a Comment