Bismillahirrahmanirrahim.
Bagi yang mempunyai masalah rabun mata, mungkin boleh mengamalkan tips yang akan diberikan di bawah. Tips ini telah saya dapat daripada laman facebook Ayat-Ayat Terindah dan akan saya kongsikan bersama.
Menurut laman facebook tersebut, beliau memperoleh ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata ini daripada tok gurunya dulu. Semua orang boleh mengamalkannya terutamanya bagi yang rabun.
Ketika anda mendengar laungan azan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ |
Maksudnya: "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)"
(Surah Qaf, ayat 22)
Kemudian hembus di belakang ibu jari seperti dalam gambar. Selepas itu, gosok belakang ibu jari itu pada kedua-dua mata. (Jari kanan=Mata kanan, Jari kiri=Mata kiri)
InsyaALLAH, sentiasa amalkan akan dapat melihat perubahannya. Apa yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Ini adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.. ^_^
Tabarakallah
Anis Hayati
0 comments:
Post a Comment