Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya mungkin ramai yang sudah tahu, namun saya tetap nak berkongsi serba sedikit tentang amalan harian Rasulullah S.A.W. Mungkin kepada yang tidak tahu, ini merupakan satu perkara baru. InsyaALLAH moga-moga kita dapat menjadikan sunnah Nabi S.A.W sebagai amalan harian kita, mudah-mudahan kita dapat menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi S.A.W setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi S.A.W itu adalah:
1) TAHAJJUD
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2) MEMBACA AL-QURAN sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3) JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama di waktu SUBUH.Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4) JAGA SOLAT DHUHA
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5) JAGA SEDEKAH SETIAP HARI.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6) JAGA WUDHU' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
7) AMALKAN ISTIGHFAR setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
ANTARA SUNNAH NABI S.A.W SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR
1) Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
2) Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
3) Niat untuk bangun Tahajjud dan Qiamulail. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
4) Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
5) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
6) Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi s.a.w yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Banyak lagi Sunnah Nabi s.a.w yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Peringatan : Pesan Nabi s.a.w, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
Sama-samalah kita menghidupkan sunnah Nabi kesayangan kita, Muhammad S.A.W. Moga-moga diberi kekuatan untuk kita melaksanakannya. InsyaAllah. Wallahu'alam.
p/s: Semua gambar adalah hiasan semata-mata,dan kredit kepada pemilik-pemilik gambar tersebut.
Tabarakallah
Anis Hayati
Tabarakallah
Anis Hayati
3 comments:
salam kak anis..
trime kaseh ats prkongsian nie..
kak,de akk tersilap taip..
4 qul 2..
alhamdulillah..saya bsyukur dapat panduan amalan sunnah ni,walaupun banyak tmpt utk di rujuk namun allah takdirkan saya dapat ilmu melalui laman ni.tram kasih.moga jadi salah satu saham 'ilmun yuntafa ubih' amin
tima ksh atas perkongsian ilmu itu
Post a Comment