Bismillahirrahmanirrahim.
Atas permintaan beberapa sahabat, akan saya ceritakan kisah sepanjang perjalanan umrah. Minta maaf sebab lambat sangat menceritakan pengalaman di sana, dek kerana kesibukan menguruskan hal-hal untuk kemasukan ke UiTM dan hal perkahwinan makcikku. Rasanya dah hampir 2 minggu lebih sejak pulang dari tanah suci Makkah & Madinah, ternyata rasa rindu kedua-dua tempat itu masih jelas pada diriku.. alangkah bahagianya jika dapat tinggal di sana. Jam pun masih tak tukar ke waktu Malaysia, masih waktu di sana.. setiap kali melihat jam, pasti akan terbayang apa yang akan dilakukan saat itu di sana. Ya Allah... rindunya...
Saya mulakan kisah perjalanan di Madinah, negeri kekasih Allah.. Nabi Muhammad SAW. Madinah bermaksud bandar yang diterangi / bandar yang bercahaya. Dahulu Madinah dikenali sebagai Yathrib, tempat yang tidak terkenal, berpenyakit, tidak diberkati & kemudian ditukar ke Madinah selepas peristiwa Hijrah. Nabi Muhammad SAW menjadikan Madinah sebagai tanah haram & berdoa untuk keberkatan ahlinya. "Sesungguhnya Ibrahim AS telah mengharamkan Makkah & berdoa untuknya, & aku berdoa untuk keberkatannya seperti Ibrahim berdoa untuk Makkah" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah SWT kerana ia merupakan tempat Nabi SAW berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman & di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajjal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. "Di setiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan Dajjal daripada menyerang Madinah" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang akan diruntuhkan. Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah SWT akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berdoa untuknya "Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Makkah, bahkan lebih dari itu." Orang yang bersabar menghadapi kesusahan di Madinah juga akan memperoleh kelebihan "Tidak seorang pun dikalangan umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah nescaya aku akan berikan syafaat pada hari kiamat atau menjadi saksi kepadanya" -Hadis riwayat Muslim.
Kami sekeluarga & para jemaah umrah yang lain menaiki penerbangan Saudi Arabia di KLIA ke Madinah lebih kurang jam 3petang (waktu malaysia). Penerbangan memakan masa hampir 9-10jam. Sepanjang perjalanan di dalam kapal terbang, kami memperbanyakkan doa, zikir dan salawat. Kapal terbang kami mendarat di Riyadh terlebih dahulu untuk menurunkan penumpang di sana. Lebih kurang 1 jam mendarat, kapal terbang meneruskan perjalanan ke airport di Madinah Al Munawwarah. Lebih kurang jam 8malam (waktu Madinah) kami tiba di lapangan terbang Madinah. Setelah memastikan semua barang-barang di ambil, kami menunggu bas di luar airport untuk di bawa ke hotel tempat kami akan menginap sepanjang berada di Madinah nanti.
Setibanya bas kami, kami meneruskan perjalanan menuju ke hotel. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, subhanallah betapa indahnya permandangan bandaraya Madinah. Rasa syukur yang tak terhingga kerana diizinkan Tuhan untuk datang ke sana. Di Madinah, kesemua para jemaah umrah Rayhar Travels ditempatkan di Hotel Dallah Taibah. Alhamdulillah, lokasi hotelnya dekat dengan Masjid Nabawi. Setelah mengemas barang-barang, Ustazah Hamidah (mutawif bagi jemaah umrah perempuan) menunjukkan jalan untuk ke Masjid Nabawi. Rasa syukur yang tak terhingga tatkala melihat Masjid Nabi SAW ini. Terus ku ucapkan salam kepada Rasulullah SAW.
Mengimbas sejarah Masjid Nabawi... ketika Rasulullah SAW berhijrah menuju ke Madinah & ketika itu berlakulah peristiwa unta Baginda SAW dilepaskan untuk memilih tempat tinggal Baginda SAW kerana penduduk Madinah pada ketika itu berebut-rebut mahukan Rasulullah SAW tinggal di rumah mereka. Akhirnya unta Baginda SAW berhenti di kawasan pengeringan buah kurma yang dimiliki oleh Sahil & Suhail, 2 orang anak yatim. Mereka mahu menghadiahkan kepada Rasulullah SAW tetapi Baginda SAW bertegas enggan menerimanya tanpa sebarang bayaran. Akhirnya tanah itu dijual kepada Baginda SAW. Kemudian Baginda SAW mengarahkan pembinaan masjid di atas tanah tersebut & dikenali sebagai Masjid Nabi Muhammad atau Masjid Nabawi. Selepas pembinaannya, azan mula berkumandang dipercayai pertama kalinya oleh Bilal di masjid ini. Kini Masjid Nabawi telah berubah & bertambah keluasannya bagi menampung jumlah kedatangan jemaah.
Rekabentuk dalamannya masya-Allah memang cantik, air-ventilationnya disalut warna emas, setiap tiangnya ada aircond & berkarpet merah di semua tempat. Bumbungnya ada yang boleh dibuka & ditutup begitu juga sebahagian kubahnya. Air zamzam berada di mana-mana di dalam Masjid Nabawi yang disimpan di dalam tong-tong berwarna kuning lembut [khaki]. Al-Quran pun ada di mana-mana untuk dibaca oleh para jemaah. Belilah sebuah al-Quran yg menyerupai al-Quran masjid ini untuk diwakafkan atas nama kita atau orang lain utk dibaca oleh para jemaah. Pahalanya sangat banyak kerana di sini, tidak putus-putus orang membaca al-Quran. Jika didapati al-Quran dibeli tidak sama dgn di Masjid Nabawi, tak mengapa, nanti ada pekerja masjid akan menghantarkannya ke masjid-masjid lain sekitar Madinah utk dibaca jua. Suara imamnya sangat merdu & sedap apabila dibaca. Waktu subuh, zuhur & asar, bacaannya pendek, manakala waktu maghrib & isya' bacaannya sangat panjang. Tiada doa selepas solat fardhu, selalunya selepas setiap solat fardhu, akan ada solat jenazah lelaki atau perempuan. Bagi wanita, jika ada ibu-ibu yang membawa anak kecil, mereka akan diletakkan di tempat di bahagian belakang supaya tidak mengganggu jemaah lain untuk bersolat. Di Masjid Nabawi juga, kawalan amat ketat untuk wanita. Setiap kali ingin masuk ke dalam masjid, akan ada pekerja wanita di situ yang akan memeriksa beg dan diri kita supaya tiada barang-barang yang dilarang dibawa masuk ke dalam masjid.
Masjid Nabawi merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu bersusah payah bermusafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Makkah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa." Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi SAW akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."
Keesokan harinya, kami dibawa menziarahi kawasan di dalam Masjid Nabawi dan di luar Masjid Nabawi (Ziarah Dalam) oleh mutawif kami. Kami dibawa ziarah di sekitar Masjid Nabawi, Perkuburan Baqi' dan Raudhah. Ketika itu cuaca tersangatlah panas dan boleh dikatakan hampir separuh jemaah yang ada masing-masing memakai kacamata hitam (sunglasses). Subhanallah, sungguh cantik kawasan di sekitar masjid, walaupun cuaca panas namun pandangan mataku menjadi sangat sejuk dan redup tatkala melihat keindahan masjid itu dicampur pula dengan perasaan syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke negeri kekasih Allah SWT. Ketika itu juga, aku menyampaikan salam sekali lagi kepada Rasulullah SAW bagi pihak diriku dan juga sahabatku, Anis Amalina yang berkali-kali meminta aku menyampaikan salamnya kepada Nabi SAW. Alhamdulillah, salamnya telahku sampaikan kepada Nabi SAW. Insyaallah.
Kemudiannya kami dibawa ke Perkuburan Baqi'. Di luar kawasan kubur, kami mengucapkan salam & berdoa kepada mereka yang dikebumikan di situ. Perkuburan Baqi' merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah ahli keluarga Rasulullah SAW, para sahabat & termasuk jemaah haji dan umrah yang meninggal di sana. Kawasan perkuburan ini terletak di tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Waktu melawatnya adalah selepas solat subuh & asar & boleh juga masuk ke dalam apabila ada jenazah untuk dikebumikan tetapi hanya untuk lelaki sahaja yang dibenarkan masuk.
Ketika jemaah lelaki menziarahi ke dalam kawasan perkuburan Baqi', kami (para jemaah wanita) dibawa ke raudhah (taman syurga) oleh Mutawif kami, Ustazah Hamidah. Untuk wanita, disediakan di sebelah belakang (kecil sahaja, dalam 3-4 tiang sahaja) dan ditentukan masa untuk masuk ke dalam raudhah tidak seperti lelaki yang dibuka setiap masa 24jam. Pun begitu, rasa bersyukur tetap lahir dalam hati tatkala mendapat peluang untuk masuk ke dalam raudhah, begitu hampir dengan makam Nabi Muhammad SAW. Jasadnya begitu hampir denganku.. tatkala itu, air mata mengalir kerana terlalu bersyukur dengan nikmat & peluang yang diberi Allah SWT. Ketika menunggu giliran orang Asia dipanggil untuk solat di dalam raudhah, ku hanya mendiamkan diri dengan doa, zikir & salawat ke atas Nabi SAW, tidak berbicara walau sepatah pun dengan jemaah yang lain, hanya menganggukkan kepala ketika ditanya soalan oleh jemaah yang lain. Saat dipanggil masuk, dengan langkah berdebar ku melangkah masuk. Ku melangkah mencari tempat untuk solat di raudhah dengan sabar kerana keadaan agak sesak (maklumlah kawasan raudhah yang dibuka untuk wanita agak kecil). Alhamdulillah, akhirnya dapat jua tempat untukku bersolat di dalam raudhah & tempat itu adalah di barisan hadapan. Tersangat-sangat bersyukur saat itu. Dengan penuh kesyukuran, ku sujud dipermaidani berwarna hijau kelabu yang seharum kasturi dalam kawasan Raudhah. Baunya tersangat wangi. Saat itu, terasa hampirnya diriku dengan Nabi SAW kita yang dirindui.
Keluasan Raudhah tidak pernah bertambah sejak zaman Nabi SAW hingga sekarang. Ianya antara dua rumah isteri Nabi SAW Siti Aishah dan Saudah dengan mimbar Nabi SAW. Di sinilah tempat pertama kali unta Nabi berhenti dan di sini juga disifatkan oleh Nabi SAW sebagai taman daripada taman-taman syurga. Sabda Nabi SAW, "Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman diantara taman-taman syurga." Para ulama' menafsirkan pengertian taman syurga adalah kerana Allah SWT menurunkan rahmatnya dan berbagai kebahagiaan di tempat itu, kerana di tempat itu dilakukan zikir dan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT maka sudah tentu mereka dijanjikan syurga. Tempat itu kelak setelah kiamat benar-benar akan dipindahkan oleh Allah SWT ke syurga sehingga ia menjadi sebahagian daripada taman syurga yang hakiki. Orang-orang yang pernah berdoa di Raudhah akan melihatnya di syurga. Insyaallah.

Keesokan harinya pula, kami dibawa menziarah di kawasan-kawasan bersejarah di Madinah (ziarah luar). Pertamanya, kami dibawa ke Masjid Quba' untuk solat di sana. Masjid Quba' adalah masjid yang pertama di bina dalam sejarah islam berasaskan taqwa dan iman yang padu. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya" -Surah at-Taubah ayat 108. Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesiapa yang berwudhu' di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat akan diberikan ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah" -Riwayat Ahmad, Nasaai dan Ibnu Majah.
Asy-Syimus binti An-Nu'man ada menceritakan "Aku melihat Rasulullah SAW ketika membina masjid ini, Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya, debu-debu dan pasir penuh ditubuh dan bajunya. Apabila ada sahabat minta diambil bebanan darinya Rasulullah tidak benarkan dan baginda menyuruh supaya mengambil yang lain sepertinya" -Riwayat Tabarani. Setelah siap Nabi mengimam solat berjemaah secara terbuka dengan para sahabatnya berkiblatkan ke arah Masjid Aqsa di Palestin ketika itu. Sehingga kira-kira 16 bulan lamanya, kemudian barulah berlaku pertukaran kiblat ke arah Ka'abah di Makkah dan pertukaran ini berlaku ketika Nabi bersolat di Masjid Qiblatain.
Seterusnya pula, kami dibawa menziarahi Medan Peperangan Uhud. Di sini terdapatnya Makam Syuhada' bagi mereka yang telah gugur syahid ketika peperangan Uhud. Setelah memberi salam dan membaca doa untuk para syuhada', masing-masing mengambil peluang untuk melihat-lihat sekitar kawasan ini.
Perang Uhud berlaku pada bulan Syawal tahun 3 Hijrah. Peperangan ini berlaku kerana tentera Quraisy ingin menuntut bela diatas kekalahan mereka dalam Peperangan Badar. Dalam peperangan ini, Saidina Hamzah telah gugur syahid, dibunuh dengan kejamnya oleh Wasyi atas arahan Hindun Binti Utbah kerana membalas dendam atas kematian suaminya yang dibunuh oleh Hamzah dalam peperangan Badar. Rasulullah SAW menyembahyangkan seorang demi seorang tentera muslimin yang gugur syahid hanya Saidina Hamzah disembahyangkan sebanyak 70 kali dan kemudian dikebumikan bersama Abdullah bin Jahsy (Ipar Nabi) berasingan dengan para syuhada' yang lain. Ada diceritakan juga, pada tahun 46H (667M) di zaman pemerintahan Muawiyyah 43tahun selepas peperangan Uhud terjadi banjir besar disekitar Uhud menyebabkan tanah banyak yang terhakis termasuk makam Saidina Hamzah dan Abdullah Jahsy sehingga jasad mereka terkeluar. MAHA SUCI ALLAH.. jasad mereka jelas masih segar seperti baru terkorban dan masih terdapat darah basah mengalir dijasad mereka walaupun selepas 43tahun. Kemudian dipindahkan ke dalam kawasan berpagar bersama syuhada' lain.

Makam Syuhada'
Seterusnya pula, kami meneruskan perjalanan kami dengan menziarahi Masjid Qiblatain. Di sinilah berlakunya pertukaran kiblat. Sewaktu Nabi SAW tiba di Madinah, baginda diarahkan supaya menghadap ke Baitul Maqdis, ramai di antara kaum Yahudi sememangnya kiblat mereka ialah Baitul Maqdis, kaum Yahudi amat gembira dengan perbuatan Nabi SAW tetapi Nabi SAW amat bersedih hati dan sentiasa berdoa serta mendongakkan kepalanya ke langit kerana mengharapkan turunnya wahyu mengizinkan solat menghadap ke Baitullahil Haram. Ada pula riwayat mengatakan orang-orang Yahudi sentiasa mengejek baginda dengan berkata, "Muhammad menentang ajaran kita tetapi solatnya mengikut kiblat kita!" dan akhirnya selepas 16bulan atau 17bulan, baginda mendapat perintah menghadap ke Baitullah.
Seterusnya kami menziarahi Masjid Tujuh (tempat peperangan khandak). Menurut satu riwayat dari Imam Ahmad, Jabir bin Abdullah menceritakan, "Pada hari peperangan Ahzab (Khandak) Rasulullah SAW telah berdoa sebanyak tiga hari iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu ditempat kedudukan masjid sekarang ini, supaya Allah SWT mengalahkan tentera-tentera Ahzab, Allah SWT telah mengabulkan permintaan tersebut pada hari ketiga iaitu hari Rabu." Sewaktu Rasulullah SAW berdoa dan bersolat, belum ada masjid didirikan di situ lagi. Masjid di sini dibina selepas itu oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Destinasi terakhir kami pada hari tersebut adalah Pasar Kurma. Pasar Kurma terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi dan di situ terdapat berpuluh jenis kurma yang datang dari kebun disekitar Madinah. Banyak juga kurma yang dibeli oleh kami kerana harganya yang agak murah. Kita juga boleh cuba merasa kurma-kurma tersebut sebelum membelinya tanpa dikenakan bayaran. Banyak juga kurma-kurma yang dicuba olehku, maklumlah aku sangat menggemari kurma lagi-lagi kurma-kurma ini semua di tanam Madinah. Kurma yang paling sedap yang mempunyai permintaan yang tinggi dan termahal tentu sahaja kurma Ajwa' kerana kurma ini diriwayatkan sebagai kurma tanaman Nabi SAW. Nabi SAW ada bersabda, "Barangsiapa yang memakan kurma Ajwa' setiap pagi 7 biji ia boleh menghindarkan racun dan dijauhkan dari sihir pada hari itu."
Antara rahsia kurma yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai satu pengurniaan Allah SWT kepada manusia, ia mempunyai banyak khasiat termasuk vitamin, mineral dan potassium namun tidak mengandungi sodium. Untuk kanak-kanak sangat digalakkan memakannya kerana ia boleh menghilangkan kedegilan kerana dengan khasiat dan keberkatannya boleh mencergaskan akal, mempertajamkan penglihatan, pendengaran dan pancainderanya. Memakan kurma sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah sunnah Nabi SAW dan ia boleh mengenyangkan dan menambahkan tenaga untuk beribadat malam selain menghindarkan banyak penyakit dalam perut.

Setelah 3 hari berada di Madinah, akhirnya kami terpaksa meninggalkan negeri kekasih Allah SWT ini untuk menuju ke Makkah, menjadi tetamu Allah SWT. Rasa cukup sayu dan sedih saat melakukan ziarah wada' maqam Nabi SAW (Selamat Tinggal). Perasaan sayu itu terbawa-bawa sehingga ke dalam bas kerana terpaksa meninggalkan Nabi SAW yang sangat disayangi dan dirindui. Berkali-kali ku berdoa agar diberi peluang untuk datang ke sini lagi menziarahi Nabi SAW. Perjalanan kami diteruskan lagi untuk menyahut seruan Allah SWT menjadi tetamunya di Makkah al-Mukarramah.
Bersambung....
Tabarakallah
Bersambung....
Tabarakallah
Anis Hayati
2 comments:
eh pelik eh bru baru ni ciya taip pasal madinah dkat google tserempak dgn blog awk ni..
best yer tpt 2 cemburu ciya
maaf awk mgkin xknal ciya cuma ciya tsentuh dgn blog awk ni pasal madinah
mmg tpt awk letak lagu asma allah 2
adeh nangis pula ciya huhu
wasalam
btuah yer awk..cemburu sgt ciya
alangkah baik kalo ciya yg pergi..em hairan tiba tiba hati tbuka nk lihat madinah...
waa sampai xnk blik malaysia, ciya x dpt bayang perassan awk eh..
asl bsambung crita ni tringin ciya nk tahu mst byk tpt awk pergi
awk pergi bsama kuarga eh???
2 minggu kan??rmi saudara ciya dh pulang suma crita tpi ciya kerja xleh dgr pengalaman mrka sbb 2 ciya cari pasal madinah..
Post a Comment