Bismillahirrahmanirrahim.
1 Dis 2008 (Isnin) - Satu tarikh yang sangat bermakna bagi sesiapa yang berkesempatan melihat keindahan ciptaanNYA. Pada sebelah malamnya, pasti ramai yang dapat dan sempat melihat kebesaranNYA melalui ciptaanNYA yang sungguh indah. Alhamdulillah syukur, ALLAH memberi saya kesempatan untuk sama-sama menyaksikan bulan yang sungguh cantik sedang tersenyum.
Kebetulan malam tersebut kira-kira dalam 8.00 malam, sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di dalam bilik untuk exam Ekonomi Asas (SPM) esok. Dek kerana sudah banyak mengulangkaji dan ingin merehatkan kepala sebentar, saya berhenti dan cuba melihat keindahan malam di luar tingkap. Alangkah terkejutnya apabila terlihat sebuah pemandangan indah yang belum pernah dilihat sebelum ini. Subhanallah Maha suci ALLAH, sungguh takjub melihat kebesaranNYA yang dipancarkan melalui keindahan fatamorgana malam itu. Dalam kesempatan yang ada, saya sempat mencapai kamera dan mengambil gambar.
Sungguh cantik bulan senyum bermatakan bintang itu. Dalam kesempatan yang ada, saya menghantar sms kepada beberapa rakan tentang bulan ini supaya mereka juga sempat melihatnya. Rupa-rupanya kisah bulan tersenyum ini sememangnya sudah heboh malam itu sehingga ada disampaikan dalam berita di TV. Setelah selesai mengambil beberapa gambar, saya menyambung semula mengulangkaji untuk subjek ekonomi esok dengan gembira dan ceria sambil tersenyum =)
Tabarakallah

Anis Hayati
2 comments:
waaaa jelesnye akak sempat tengok ! hii . tapi tapi , xtaw laa nape , tapi ble tengok bulan senyum nihh , nampak macam muke kambing plak ? hehe ;D
subhanallah... cantik betul!!
beruntungnya awk...
Post a Comment