Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila mendapat berita mengenai pemergian Ustaz Asri akibat diserang penyakit jantung, agak terkejut. Namun, itulah hakikatnya. Ku percaya jua setelah menghubungi beberapa rakan lain yang sangat mengenali Ustaz Asri. Mereka berada di Hospital Bangsar. Begitu cepat pemergiannya, rasanya baru sahaja beberapa minggu yang lepas arwah menasihatiku mengenai beberapa hal & memberi tazkirah sebagai peringatan bersama. Arwah seorang yang sangat baik & seringkali memberi nasihat yang sangat berguna tak kira kepada siapa pun. Kita telah kehilangan seorang lagi umat Islam yang banyak berjasa dalam mempertahankan Islam. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin.