==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Tuesday, January 27, 2009

Kenduri Kesyukuran Kak Aida Gadis Melayu

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, selesai jua kenduri kesyukuran sempena kemenangan Kak Nurul (Aida Gadis Melayu) dalam program Gadis Melayu TV9 pada Ahad lepas (27 Januari 2009). Kenduri kesyukuran tersebut di meriahkan dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan terdekat mereka sekeluarga. Turut dihadiri beberapa wartawan dari TV9, kalau tak silap sebab ada rakaman untuk episod khas juara gadis melayu.

Thursday, January 8, 2009

Takziah kepada Nubhan sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Takziah kepada Nubhan sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta HAJI AHAMAD BIN HAJI ABD RAHMAN yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Januari 2009 jam 9.30 malam. Semoga Nubhan sekeluarga terus tabah mengharungi kehidupan walaupun tanpa ayah tercinta.

Saat mendapat khabar mengenai pemergian arwah pakcik Ahamad, agak terkejut juga namun itulah suratan taqdir dariNYA. Setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Malam pemergian arwah pakcik Ahamad, Nubhan bersama Vern, Bad, dan Tokwan sedang lepak di luar, kemudian Nubhan dan Bad mendapat panggilan memberitahu ayah mereka pengsan dan sedang dalam perjalanan untuk membawanya ke hospital. Sejurus mendapat panggilan tersebut, mereka terus bergegas pulang ke kampung di Negeri Sembilan.