==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Tuesday, October 28, 2014

Cabaran

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar gambar hiasan.. Sepupu comel :)

Lama sungguh rasanya tidak menulis di dalam blog ini, hampir 2 tahun mungkin. Seringkali keinginan tersebut datang menjengah di benak fikiran, namun hanya dibiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja. Banyak perkara-perkara lain yang lebih utama perlu didahulukan. Sesibuk manapun diri, minat terhadap perkara-perkara seni seperti grafik, menulis, melukis, menjahit, dan sebagainya masih tetap ada dan utuh dalam diri walau kebanyakannya sudah lama tidak dipraktikkan dan mungkin skill sudah makin menghilang. Seni itu jua anugerah dariNya. Dulu dan sekarang terlalu banyak bezanya. Jika dulu mungkin masih kurang matang dalam banyak perkara, namun kini kematangan itu kian meningkat dalam diri. Gaya penulisan juga makin berubah. Pengalaman hidup yang dilalui telah banyak mengajar erti kematangan untuk diri. 

Bimbang melihat dunia hari ini. Dunia sekarang terlalu banyak dugaan dan cabaran dari pelbagai aspek. Allahu. Cabaran mendidik anak-anak juga semakin sukar. Coraklah mereka dengan corak yang betul mengikut landasan agama yang benar. Moga kita semua sentiasa beringat dalam setiap yang dilakukan. Saat lemah, carilah sesuatu yang dapat menguatkan kita. Allah tempat utama, setelah itu barulah kita mencari insan lain. Di situ pasti akan lahirnya kekuatan tanpa kita sangka. Benar. Keyakinan yang tinggi padaNya bukan mudah untuk dicapai, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. InsyaaAllah. Ingatlah. Kita hanya sementara di dunia ini. Dahulukan Dia dalam setiap apa yang dilakukan. Semoga kita semua terus istiqamah dalam jalan yang diredhai Allah. Doakan yang terbaik untuk kita bersama.

Tabarakallah.
Anis Hayati.