==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Sunday, April 4, 2010

Jom berhibur sambil beramal

Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaaALLAH projek dan program besar saya dan sahabat2 semester ni. Alhamdulillah setelah beberapa perancangan untuk mengadakan konsert nasyid sebelum ni, akhirnya dapat direalisasikan kali ni. Bergerak sebagai timbalan pengarah program (main core) jugalah sebab ni program cadangan daripada saya. Moga dipermudahkan semuanya.

Kelab Ahli Rakan Masjid (ARM) dengan kerjasama Entertainment Of Muslim Art Club (EAC) dan UiTM Pahang bakal mengadakan satu Konsert Amal iaitu KONSERT AMAL NAZREY JOHANI TOUR DE TAHFIZ di Dewan Serbaguna UiTM Pahang.

Maklumat Konsert adalah seperti berikut.
Tarikh: 9 April 2010
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Serba Guna (DSG) UiTM Jengka, Pahang
Harga Tiket: RM10
Menampilkan Artis: Nazrey Johani, Devotees, Nice