==================================================
HOME | CORETAN RINGKAS
==================================================

Tuesday, June 23, 2009

MADINAH Bandaraya Bercahaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Atas permintaan beberapa sahabat, akan saya ceritakan kisah sepanjang perjalanan umrah. Minta maaf sebab lambat sangat menceritakan pengalaman di sana, dek kerana kesibukan menguruskan hal-hal untuk kemasukan ke UiTM dan hal perkahwinan makcikku. Rasanya dah hampir 2 minggu lebih sejak pulang dari tanah suci Makkah & Madinah, ternyata rasa rindu kedua-dua tempat itu masih jelas pada diriku.. alangkah bahagianya jika dapat tinggal di sana. Jam pun masih tak tukar ke waktu Malaysia, masih waktu di sana.. setiap kali melihat jam, pasti akan terbayang apa yang akan dilakukan saat itu di sana. Ya Allah... rindunya...

Saya mulakan kisah perjalanan di Madinah, negeri kekasih Allah.. Nabi Muhammad SAW. Madinah bermaksud bandar yang diterangi / bandar yang bercahaya. Dahulu Madinah dikenali sebagai Yathrib, tempat yang tidak terkenal, berpenyakit, tidak diberkati & kemudian ditukar ke Madinah selepas peristiwa Hijrah. Nabi Muhammad SAW menjadikan Madinah sebagai tanah haram & berdoa untuk keberkatan ahlinya. "Sesungguhnya Ibrahim AS telah mengharamkan Makkah & berdoa untuknya, & aku berdoa untuk keberkatannya seperti Ibrahim berdoa untuk Makkah" -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.