Bismillahirrahmanirrahim.
Kepada sahabat-sahabat yang mengenali junior saya, MOHD JUNID (SMKDE), berumur 16taun dari kelas 4ST, mohon sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah.
Semalam (Isnin: 30 Jun 2008) jam 12 tengah malam, arwah telah kembali ke rahmatullah kerana mengidap penyakit denggi berdarah. Sedekahkanlah AL-FATIHAH untuk arwah, semoga tenang di sana. Setiap yang hidup pasti akan pergi jua bertemu denganNYA.
Masih teringat pada Jumaat yang lepas, ketika ingin pulang dari sekolah, terserempak dengan arwah dan dia sempat melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal. Rupa-rupanya itulah ucapan selamat tinggal terakhir darinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tabarakallah
Anis Hayati