Thursday, February 4, 2010

Sultan Pahang ke UiTM Pahang

0 Comments

Mutiara Kata Hari Ini:
Kita asyik melihat ke langit hingga lupa pada bumi ketika berjalan. Sudah pasti kita bakal menghadapi masalah seperti terjatuh atau terlanggar sesuatu. Itulah ibarat hidup seorang yang selalu memandang orang yang berkedudukan tinggi atau banyak kelebihan, hingga akhirnya dia lupa bersyukur apa yang ada padanya dan akhirnya pasti menghadapi banyak masalah seperti hasad dengki dan sebagainya.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


21/1/2010 yang lepas, Sultan Pahang & Tengku Mahkota datang ke UiTM Jengka bersempena dengan Forum Hak & Perpaduan Melayu Dalam Konteks 1 Malaysia. Semua pelajar koko JPA, Kesatria, PBSM wajib menyambut kedatangan Sultan. Kami kena beratur memanjang daripada kolej lelaki sehinggalah ke DSG.

Selepas Sultan Pahang tiba di UiTM dengan helikopternya, Sultan Pahang & Tengku Mahkota naik kereta untuk menuju ke DSG daripada padang (berhampiran kolej siswa). Sepanjang perjalanan naik kereta tersebut, Sultan Pahang melambai-lambai kepada pelajar yang beratur memanjang menyambut kedatangannya.

Ada beberapa pelajar yang beratur berhampiran ana menjerit, "I Love You" kepada Sultan ketika kereta Sultan melintasi depan kami & mungkin Sultan dengar & menjawab "I Love You Too". Hehehe. Macam-macam kerenah kami, sultan pun agak sporting, layan je.

 

 

Lepas Sultan Pahang & Tengku Mahkota sampai ke DSG, 40 orang pelajar daripada setiap koko JPA, Kesatria, PBSM dipilih untuk masuk ke DSG, mengikuti forum tersebut. Ana & beberapa orang rakan ana dipilih untuk sertai forum tersebut mewakili koko JPA. Alhamdulillah.


Antara ahli panel forum tersebut adalah Ridhuan Tee. Sepanjang berada di DSG & mendengar forum tersebut, banyak yang ana dapat terutamanya daripada Ridhuan Tee. Kata-katanya begitu bermakna & sangat mendalam sehingga beliau sendiri menitiskan airmata ketika menceritakan tentang kesulitannya.


Usai forum, semua pelajar yang terlibat dengan menyambut kedatangan Sultan Pahang dapat makanan percuma. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah SWT. Kemudian, kami beratur memanjang semula sepanjang DSG sehingga ke kolej siswa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Sultan Pahang dan Tengku Mahkota.

p/s: Sekadar berkongsi sedikit kisah & coretan beserta gambar sebab tak tahu nak update apa =)

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment